Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 30, 2008

Lawatan dari Bakal Pengusaha Cendawan


Assalamualaikum,

Pada 25-Dec yang lalu, kami telah menerima kunjungan dari Mr Pjan dan Mr Aun yang bakal memeriahkan industri cendawan tiram kelabu. Mereka berdua masih berkerja dan untuk permulaan akan melakukan secara part time ( sama macam kami ). Rumah cendawan mereka akan terletak di Bedong, Kedah. So, para pemborong, penjual , etc di Bedong, nantikan kemunculan mereka.
Kami di MyWish Agrotech sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesudian Mr Pjan dan Mr Aun ke tempat kami yang serba kekurangan. Harap harap kita sama sama berjaya dalam bidang ini. Kalau ada nak barang keperluan cendawan, contact ler kami.

Monday, December 22, 2008

Jualan bongkah tercemar


Salam semua.
Hmmm..berkenaan dengan misillium hilang tu, belum ada jawapan yg memuaskan hati nurani ini tetapi beg yang terkena dah byk dah. Jugak rumah cendawan kami kena serangan hama ( bleh nampak bermain main kat cap ) yang menyebabkan bertambahnya bongkah yg tak produktif. Yang bestnya, saya sembur ngan korox pon still hidup lagi. Klorox campur dettol pon hidup lagi. Cuma belum try guna petrol ngan api aja..hehehehehe.
Namun semua beg tersebut telah di borong oleh rakan saya Mr Shahrul yang mengusahakan perternakan cacing. Sekurang kurangnya dapat gak duit walau x byk.
Yang kena kulat hijau baru 5 ke 6 beg dari 2K lebih.

Lupa lak, first batch kami semua nya jadi hitam. hehehe Tapi masih simpan kot kot bleh keluar cdwn gak. Namun misteri penyakit misillium hilang turun berjangkit kat beg beg hitam ni sehingga nampak balik habuk kayu. Ingatkan kalau putih aja kena, yang beg jadi hitam pon terkena penyakit nie. Sapu habis.

Jugak akhir sekali, kepada pembekal benih cdwn, sila la contact saya agar saya dapat beli untuk kegunaan sendiri dan kekawan.

Wednesday, December 10, 2008

Hama jugak ke?




Assalamualaikum....

Selamat berhari Raya kepada semua.
Setelah berhepas pulas dan nampaknya kurang berjaya, kami sekali lagi ingin meminta pendapat, bantuan teknikal @ taktikal, khidmat nasihat atau komen mengenai penyakit yg menyerang bangsal kami.
Menurut komen Cikgu kami, kalau hama , dia makan dari atas. Tapi yg kami hadapi ni, misellium mula hilang dari tengah beg dan merebak ke seluruh beg. Misillium hilang secara bulatan di tgh beg ( macam gelang ).
Memang tak perasan kerana depan dan blakang masih cun ( putih ) dan kalau atas rak lagi ler tak perasan. Bila dah abis semua baru tau sebab satu beg jadi coklat balik.
Beg semua tak buka lagi dan kebanyakan beg hampir mtg.
Kami cuba buka tutup peram bagi keluar gak cendawan tapi tetap tak keluar apa apa hasil. Benih jadi cam kering.
Beg yang telah menerima penyakit ini lebih kurang 120 beg dah dan dok bertambah setiap hari.

Kami dalam kedaan kritikal dan perlukan bantuan .
Emergency emergency emergency.

Saturday, November 29, 2008

Hibernate !

Assalamualaikum.....

Skarang nie , kami di MyWish Agrotech sedang membuat post mortem atas segala cabaran dan masalah yang kami hadapi. Jadi mungkin x aktif untuk post blog .

Hari Sabtu yang baru lepas, kami telah pergi berjumpa dgn Cikgu kami , Puan Ros ( Agrosun ) minta khidmat nasihat dan upgrade ilmu kami yg sejemput nie. Seperti biasa , Puan Ros memberi tunjuk ajar yang melimpah ruah kepada kami yang mmg tak malu nak bertanya.

Di situ kami tahu di mana kesilapan kami dan di mana patut kami perbaiki. Kami masih blajar lagi dan byk yg kami x tahu.

Juga ingin ucapkan kepada para otai otai dan pengusaha lain yg memberi komen kepada kami untuk improvekan keadaan kami. Semuanya akan di ambil kira dan di praktikkan.

Note : E-book ringkas mengenai dunia cendawan dah siap. Skarang tgh test kandungan dgn student student IPT. Kalau they enjoy, kami akan publishkan di sini. Tujuan E-book tersebut bukan nak bagi pembaca bleh terus buat tanaman cendawan , tapi pengenalan kepada dunia tanaman cendawan sebelum serius atau masuk kursus intensif. E-book ini di hasilkan atas permintaan beberapa student & rakan rakan yang ingin gambaran secara kasar dunia cendawan. ( kami x larat nak cerita. Bagi depa baca plak )

MyWish Banner 2

Tuesday, November 25, 2008

Apa dah Jadi!




Asslamualaikum .

Mintak nasihat dari para otai dan pengusaha yang lain untuk menjelaskan kepada saya kenapa cendawan saya banjir . Waaaaaaaaaaaaa habis 16 peket.
Jugak kalau bleh bagi le idea camna nak elakkan perkara sama berulang.

Note : sedih nie

Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - MySpace Layouts

Friday, November 21, 2008

Dugaan.............

Assalamualaikum.....

Tak banyak yang dpt di update di sini. Perkembangan kami ialah kami sibuk dengan aktiviti promosi, bagging dan deco kami punya tempat. Maklumlah appoitment penuh sampai bulan depan. Ramai yang tepon cakap nak melawat. Alhamdulillah. Mana tau kot kot ada rezeki di situ.
So, kepada pembaca yang sudi nak datang tu , janganlah segan segan, call kami dulu agar kami dapat mengatur masa lawatan. Masuk adalah percuma.

Hari ini, wife tersayang pi la nak hantar sambil survey market baru kat Kawasan S.Petani. Tapi agak kecewa kerana kedai yang cakap nak amik ngan kami pon x mau amik dah. Kedai kedai baru pon susah jugak. Tapi tak semua tempat la yang tolak.
Ini gara gara ada pengusaha kat sini yang tolak sekilo RM4.00 . Perh..camna nak lawan nie?
Contract farming pon ambil RM5.50. Kami tolak harga yg terendah RM7.50 sekilo. Beza RM3.50. Surrender kami. Even kalau di jual ngan harga tu, kami lak yang rugi . Modal pon x balik. Duit upah orang lagi! duit sewa rumah lagi. Ni la masalah yang kami sedang hadapi dan kami akan hadapi dengan tabah.
So, kepada pengusaha di sekitar Sungai Petani dan di Sungai Petani sendiri, kalau nak jual RM4.00 tu , bolehlah jual kat saya. Saya beli berbanyak.

Jugak kepada para otai otai kat luar sana atau para kekawan yang lain, tolong bagi idea sat camna nak jual sekilo RM4.00 tanpa kerugian. Saya dah tak tau camne nak kira.

Note :- Kat tempat kerja lak, baru di kuatkuasakan larangan menjalankan perniagaan.
Waaaaaaaaaaaaaa sedihnya. Tabah.. Mesti kena tabah.

Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - MySpace Layouts

Monday, November 17, 2008

Lawatan Oleh Student Politeknik Kulim


Assalamualaikum.


Pada hari sabtu yang lepas, MyWish Agrotech telah menerima kunjungan sulong dari empat orang student Politeknik Kulim yang comel comel belaka. Semuanya orang dari Pantai Timur.

Tujuan kedatangan mereka ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai Projek Tanaman Cendawan bagi kertas projek mereka.

Oleh kerana yang datang tu aweqs , maka keseluruhan sesi interview dan penerangan di lakukan oleh Wife saya merangkap Penasihat Projek. Lagipun bab pemasaran dan customer relation nie, wife saya lagi pandai.

Namun , oleh kerana process bagging dan kukus telah siap di buat, maka tak dapatlah kami tunjuk process berkenaan. Tetapi, info dari wife saya, para student ini akan datang kembali ke farm kami untuk merasa sendiri keseronokan buat bagging. Jadi , saya sebagai wakil MyWish Agrotech mengalu-alukan kedatangan mereka sekali lagi. Tapi call dulu untuk appointment.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi datang ke rumah cendawan kami.

Akhirnya ... Bermulalah era baru

Assalamualaikum,

Bermulalah episod baru MyWish Agrotech di mana kami mula membuat bag bag kami sendiri.

Kami juga rasa sgt gembira kerana dengan menjalankan projek ini, kami dpt mengeratkan semangat kejiranan . Ada yang kagum ada yang buat "dono " aja. Tapi jiran sebelah rumah siap dtg sekeluarga tolong buat bagging. Baguih dok ada.

By the way, sini nak kongsi pengalaman skit la untuk mereka yang baru nak mula macam kami.

Kalau org muda atau aktif sport , maybe x terasa sgt keletihan dan sakit pinggang akibat buat mixing process. Process mixing pakai scope dan cangkul ( Manual mixing ) mmg amat memenatkan. Saya baru try buat 40Kg , dah out. Ikut jadual kena buat 100Kg tapi bila tuang habuk kayu 20Kg nampak sikit. Tambah lagi 20Kg pon nampak sikit. Tapi Wife cakap try dulu 40Kg. Perhhh. Kalau buat sesorang manual mixing mmg leh patah pinggang dan silap silap pitam. Nasib baik saya start malam dan jiran sebelah rumah datang membantu saya buat mixing tu setelah saya x larat nak angkat scope dan anak anak dia x larat nak tunggu untuk buat bagging. Punya letih dok kacau , sampai formula pon terlupa. Nasib baik wife selamatkan. Kalau tak, habuk kayu tu pakai buang atau buat baja la jawabnya.

Lepas dah siap mixing process, bagging di serahkan kepada wife saya sebagai cikgu yang mengajar jiran saya sekeluarga. Saya lak sempat buat 2 bag aja then berehat ( out or order ).

Semuanya siap jam 12 tgh mlm. Lepas tu , makan panadol extend.

Bagi para para pengusaha baru yang nak guna manual mixing tu, try dulu buat dalam kuantiti yang kecil untuk mengukur kemampuan kita / team. Apatah lagi kalau kena buat sesorang.

Tapi kalau mmg konfiden, teruskan. Cuma jgn jadi cam saya, sampai sekarang dok sakit lagi pinggang nie. Kat kursus kita buat mixing beramai ramai, mana la rasa sakit. Cthnya : Masa saya kursus dulu 50Kg , 6 orang mix + seorang urus setia kursus, nak letih apanya.

Patah semangat ? Mmg tak patah semangat malah semakin berkobar sebab target nak beli mesin mixer. Cikgu saya pon suruh beli mesin mixer.




Tuesday, November 11, 2008

Suhu oh Suhu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit berita terkini dari kami si MyWish Agrotech.
Kami sekali lagi menghadapi masalah suhu yang tinggi di rumah cendawan kami.
Sebelum beg beg media di susun di rack, suhu mmg cun tapi bila dah ponuh atas rack, perhh tinggi tu. Max 32.7C.
Namun 2 3 hari lepas dah ok skit dengam max 31.4C. Tetapi masih x puas hati lagi
dan kami pasang pulak "Air ventilation " iaitu benda berpusing atas bumbung tu.
Tokey kata " itu suhu mesti turun punya kawan. Dia kasi tarik itu haba panas bla bla
bla ". Habis RM536.00 . Monitor 2 hari dah cuma beza 0.01C aja. Ni yang panas nie.
Tapi still nak monitor sampai hujung minggu nie. X ok gak , panggil tokey ambik balik.
Buat rugi duit aja.

Lain lain - dari 2146 beg media , 3 dah kena kulat hijau dan 1 lak ada ulat bermain main
dalam tu.

Note : Kami buat masa nie menjalankan projek di sebuah rumah Semi-D .

Sunday, November 9, 2008

Digital Hydrometer For Sale

Assalamualaikum....Dear all,

We are now selling Digital Thermo-Hydrometer Model HC520.


This digital In \Out Thermometer & Hygrometer Detector can monitor the ins and out temperature and relative humidity indoors and display these readings locally in its LCD panel provides a visual.
With its built-in humidity and temperature sensors and the sensor wire, it is the ideal solution for monitoring mold growth, low humidity, and controlled environmental settings.

Selling price is RM70.00 per unit.

The spec as below :

* Inside Operating temperature: -10°C~+50°C (+14°F~122°F)

* Outside Operating temperature: -50°C~+70°C (58°F~158°F)

* Humidity Range: 20%RH-99%RH

* Temperature Accuracy: +\-0.1°C (-20~60°C), +\-2°C (other))

* Humidity Accuracy: +\-5% RH(20%~99%, at 25°C)

* Temperature Resolution: 0.1°C (0.1°F)

* Humidity Resolution: +\-5%RH (20%~99%)

* Power supply: 1.5V (AAA Size) x 1 (included)

Kindly contact as via email or phone (019-4771759 / 013-4321759) to order. No minimum quantity order.

MyWish Cari ilham

Assalamualaikum...
Lama tak update blog nie sebab kabel masih x ok. Nie pon pakai kat rumah mak mertua. Minggu laps waktu pergi Giant nak beli barang party anak saya, terjumpa dgn product cendawan kering nie. Ada 3 perisa kalau x silap. Black pepper, curry dan satu lagi x ingat. Ini keluaran C&C Tropikal Mushroom Snacks Sdn. Bhd. Saya beli jugak satu perasa black pepper dan rasanya Ok jugak. Camna la nak buat keropok camtu....Sapa nak bagi resepi .. email saya.

Terima kasih jugak kepada CPJ yang bagi resepi popiah cendawan. X sempat nak try sebab wife sibuk ngan exam. Segala projek 'try & error ' karipap, popiah dan cendawan goreng stop sekejap. Bila abis exam , kami sambung balik.

Juga pada 8-11-2008, kami telah ke Bumi Kulat Enterprise, Felda Teloi Timur, Kedah. Sempat jugak kami melihat lihat tempat projek BKE dan belajar apa yang sempat.

Itu saja buat kali ini. Semoga berjumpa lagi.

Note : Gambar background tu karnival TM gegar kat Felda Teloi Timur. Gegarrrrrrrrrrrrrr


Sunday, November 2, 2008

Lawatan ke TAA , Bota Kiri


Assalamualaikum.
So , pada 28/10/2008 , kami telah berjaya sampai ke TAA , Bota Kiri, Perak tanpa sebarang masalah kesesatan. Ini kerana Wife saya biasa dengan jln tu dan adanya papan tanda TAA kat jalan utama. Kalau X ada papan tanda tu mmg terlepas la kami.
Seperti yang di tulis dalam blog TAA, kami x berkesempatan bertemu dengan En Azman dan Kak Ieta. BTW , kami dpt bertemu dgn Mr Aris dan isteri yang mmg peramah dan X lokek ilmu. Apa saja yang kami tanya di jawab dengan panjang lebar dan konfiden. Kami yg dengar pon turut sama jadi bertambah konfiden. Byk benda yang saya dan isteri tanya kerna kami kan baru berjinak jinak dgn cendawan. Antara yg di tanya kami ialah cara packing cendawan dan penyimpanan, suhu bangsal dan pasal steamer. Kalau X silap saya steamer TAA bleh muat 500 @ 550 beg media. Mr aris jugak ckp yg steamer tu nak modified skit lagi. Semoga berjaya .
Alang alang dan sampai tu, kami borong le apa yang patut. Beg media mesti x terlepas nya untuk beli selain set penutup dan packing plastic.
Apa apa pon kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr Aris dan isteri kerana sudi melayan karenah kami selama beberapa jam. Juga kepada Encik Azman dan isteri, harap dpt berjumpa di masa hadapan.

Friday, October 31, 2008

Lawatan ke Agrosun, Relau


Salam semua. Maaf lama x update blog kerana kabel kena curi. So, pada 26/10/2008, kami telah ke Agrosun, Relau untuk mengambil bongkah yg kami order berserta peralatan membuat cendawan yang lain. Kedatangan kami di sambut mesra oleh Puan Ros dan suami serta kak Ana. Kami sempat juga ulangkaji pelajaran cendawan nie dgn Puan Ros ( Cikgu kami ni ) dan kak Ana. Juga sempat kami melihat steamer baru yang boleh memuatkan 700 beg pada setiap kali kukus. Bila le kami dpt steamer camni.
Bila tengok schedule buat beg media Agrosun, perhhh sampai tahun depan pon dah ada.Tahniah kepada pihak Agrosun yang semakin berjaya dan berdaya maju. Puan Ros juga ada beritahu nanti nak pakai bagging machine lak. Bertambah cepat le process pembuatan beg media. Senang ler kami nak order nanti.Kami juga sempat bertanya mengenai cara packing dan penyimpanan cendawan segar setelah di kutip agar dapat bertahan lama.
Sekali lagi di ucapkan terima kasih kepada warga Agrosun yang sudi melayan kami .

* Update dari opis nie.

Saturday, October 18, 2008

Hmmm.. Antara 2 pilihan



Assalamualaikum......

Saya menghadapi masalah ngan packing. Tak tahu material ke method yang salah. Semalam dpt feedback dari kawan yg borong cendawan cakap cendawan tu cepat busuk dan berair. Saya cdgkan dia supaya guna sealer walaupon dia lebih suka stapler. Jugak saya bekalkan dia plastic PP tapi yg x berapa clear.

So kepada otai otai dan kekawan, mana lebih baik pakai teknik stapler atau sealer ( heat seal ) ?
Then pakai palstic PP clear atau PP kureng clear ( Kabus skit ) . Jugak kalau penjual tu jual kat pasar, camna nak advise dia cara display dan simpan yang betul.
Jugak kalau letak kat pasar tu, berapa hari bleh tahan..........
Sumbangan idea / nasihat para kekawan dan otai amat di alu alukan.

Susah nie...Dah terbantut order kami.. Dugaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Thursday, October 16, 2008

Food : Mmg sedap cendawan nie


Assalamualaikum....


Ini le yang mak Mertua saya masak semalam. X tahu nama apa tapi sedap. Terdiri dari cendawan + sotong + cili besar. Kira mmg kreatif gak.

Kami lak skarang nie tiap ari mkn cendawan goreng. Yang paling best bila anak cakap ayam goreng. Kira berjaya tu....
Esok nak try lak buat karipap. Sesiapa ada resepi tu, email le kat kami.
Antara activity MyWish Agrotech skarang ialah siapkan rumah cendawan yang perlukan sedikit lagi sentuhan. Jugak masih dok nak dapatkan suhu yg sesuai dan x lebih dari 30C. Skarang nie paling tinggi dpt 31.2C.

Tuesday, October 14, 2008

Info : Entoloma rhodopolium



Entoloma rhodopolium


[Basidiomycetes > Agaricales > Entolomataceae > Entoloma . . . ]
by Michael Kuo


I'm using the name "Entoloma rhodopolium" to refer to a group of species characterized by the following:


Appearance in hardwood forests in late summer or fall;
Medium stature (cap to about 10 cm; stem about 1 cm wide);
White stem, flesh, and young gills;
Absence of cystidia;
Tan, light brown, or yellow-brown cap.
Like other species of Entoloma, the species in this group have pink spore prints, grow on the ground, and have (under the microscope) angular spores.


Entoloma rhodopolium is poisonous.


Description:
Ecology: Saprobic; growing alone, scattered, or gregariously under hardwoods; late summer and fall (also over winter in California); widely distributed in North America.
Cap: 5-12 cm; convex, sometimes with a slight central bump, becoming broadly convex, broadly bell-shaped, or nearly flat; sticky when fresh; tan to yellow-brown or grayish brown, fading and drying out to grayish or almost whitish; the margin lined, at least by maturity.
Gills: Attached to the stem; close or nearly distant; white at first, becoming pink with maturity.
Stem: 4-10 cm long; 6-12 mm thick; more or less equal; fairly dry; smooth, or very finely hairy at the apex; white; becoming hollow.
Flesh: Thin; fragile; whitish.


Odor and Taste: Not distinctive or mealy.


Chemical Reactions: KOH on cap surface negative.



Microscopic Features: Spores 6.5-11 x 7-9 µ; 6-, 7-, and 8-sided; angular; inamyloid. Cystidia absent. Pileipellis a cutis. Clamp connections present.


REFERENCES: (Fries, 1838) Kummer, 1871. (Fries, 1818; Fries, 1821; Saccardo, 1887; Kauffman, 1918; Hesler, 1967; Noordeloos, 1981; Arora, 1986; Largent, 1994; Breitenbach & Kränzlin, 1995; McNeil, 2006.) Herb. Kuo 10010420, 09240504.


The taxonomy of this species group is problematic, and it is unclear whether any of our North American rhodopolium-like mushrooms are actually the same as the European species originally named by Elias Fries. In fact it is unclear whether the European mushrooms going under the name of Entoloma rhodopolium are all the same. According to the Dutch mycologist Machiel Noordeloos (1981), "[t]here is great need for neotypification of this classical Friesian species." Largent (1994) describes 6 "forms" of Entoloma rhodopolium from western North America, separated on minor morphological differences and ecological preferences.


Kuo, M. (2008, January). Entoloma rhodopolium. Retrieved from the MushroomExpert.Com Web site:

Thursday, October 9, 2008

Perjuangan Belum Selesai






Assalamualaikum.

Sejak hari raya yg ke 3 , kami bersama crew tambahan MyWish Agrotech telah berusaha merealisasikan rumah cendawan kami sehingga memaksa saya MC pada hari selasa sebab tak larat dah....Rumah yg kami sewa tu luas le jugak ( Semi D ). 2 hari ambik masa nak basuh ngan dettol dan klorox. Perhhhhh.. nyahkuman dan duit habis habisan. Then sambung lak ngan buat rack kat bilik depan dan bilik kedua. Lopas tu gantung lak netting 70% plus mosquito net. Memang meletihkan apatah lagi kalau gergaji secara manual ( 1st day buat rack ).
Tapi bila siap, memang puas hati abis. Walaupon X macam pro yg buat rack ngan netting tu, tapi mmg kuat dan harap tahan lama le.
Cuma netting 70% tu jena double lagi sebab sinaran matahari masih terang .
Sabtu nanti nak sambung buat netting lagi dan 5S lagi skali.
Lepas tu, tunggu nak isi ngan beg media aja plus cabut rumput.

Rack kalau basuh ngan klorox tak rosak ke?




Friday, October 3, 2008

Product - Raw material and fresh mushroom

Dear all,
Here are the list of service and product we offer to you all.
All the price are not fixed unless "Fixed" word mention in the pricelist.

Mushroom :
1. Fresh Mushroom 1kg - RM7.50
2. Fresh Mushroom 500gm - RM3.75
2. Fresh Mushroom 100gm - RM 1.00
3. Fresh Mushroom ( Borong ) - Negotiate ( Boleh di runding )

Beg Media :
1. Beg Matang = Pending
2. Beg Separa Matang ( > 3 minggu ) = RM 1.20/bag
3. Beg Kukus Tanpa benih = RM 1.10/bag
4. Beg tidak kukus = RM0.90/bag

Equipments :
1. Digital Hydrometer + thermometer = RM70.00
2. Neck = 0.07 sen/pc ( Nego )
3. Cap = 0.06 sen/pc ( nego )
4. Normal / Chili stopper = 0.05 sen/pc
5. Cap set 1 ( Neck + Cap )= 0.11 sen/set
6. Cap set 2 ( Neck + Cap + Stopper )= 0.14 sen/set
7. High Temperature thermometer = RM14.00 / unit
8. Packing bag - PP 0.08*7*9 = Pending
9. Medium plastic bag - PP 0.6t*6*13 = RM 9.50 / KG
10. Spirit burner = contact us

Raw Stock :
1. Sawdust ( Habuk Kayu ) = Pending
2. Dedak Padi = RM 1.20/ KG
3. Kapur Pertanian = RM 1.20 / KG
4. Benih = Pending

Kindly contact us for the order arrangement.
Shah - 0194771759
Lia - 0134321759

email : shahlia@streamyx.com

Deposit / Payment to :
Maybank - 102111011643 ( Shaharuddin Abdullah )

Sunday, September 28, 2008

MyWish Agrotech Contact details

Assalamualaikum .

Please find below items for MyWish Agrotech Enterprise contact details :

Project Owner / Pengusaha
Name : Shaharuddin Bin Abdullah
Nick : Shah
H/Phone : 019-4771759

Project Adviser / Penasihat
Name : Fazliana Binti Omer
Nick : Lia
H/Phone : 013-4321759

*Project Assistant 1 / Pembantu 1
Name : Mohd Suzaimi bin Mohd Idris
Nick : Jimmy
H/Phone : 012-4139582

MyWish Agrotech Ent. mailing address :-
10, Jalan Kiara Satu, Taman Kiara ,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Email address : mywishagro@ymail.com

*Please kindly fill in below form if you have any comment, suggestion, feedback,question or just want to chat with us.



Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri 1429H

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog kami , para pengusaha tanaman cendawan, para pengusaha produk cendawan dan para pembekal barangan berkaitan cendawan. Sila maafkan kami jika ada tersilap bahasa di dalam blog kami atau terambik artikel tanpa kebenaran.

Jugak kami ingin mengucapkan terima kasih Amree ( Cendawan915 ), Bro Nizam ( Cendawan global ), Bro Azman ( Tunas Alam ), Bro Rais ( Impian Mushroom ), Bro Supaat ( Permai desa ),
Haris ( It2tani ) dan semua yang telah membantu kami dari segi ilmiah dan logistik. Harap dapat di kekalkan kerjasama ini.

Lastly, jika ada mana mana pengusaha sekitar sungai petani, kulim, gurun, yang membaca blog ini atau mereka yg ada info tentang pengusaha cendawan sekitar kawasan tersebut, sila sms atau email kepada kami maklumat tersebut. Jasa baik anda amat di hargai.

Wednesday, September 24, 2008

MyWish Agrotech Ent. location

Below is the map to our location for both office and Mushroom House. For details, please call or sms us .


View Larger Map


View Larger Map

Friday, September 19, 2008

Info untuk semua

Assalamualaikum..
Di bawah ini adalah petikan dari sebuah e-book mengenai cendawan tiram. E-book itu dalam pdf format dan ada 6 chapter. ( Zip : 1.5M ) . Sesapa yang berminat bleh email kat saya dan saya akan hantar file tersebut. Banyak ilmu bleh kita dapat walaupon e-book tu mungkin dihasilkan pada tahun 2005. Cuma saya X ingat laman web asal aja. Sapa yg tahu sila inform saya supaya bleh add link dia.

OYSTER MUSHROOM CULTIVATION
Every step in the production of mushroom must be done with care. Production will be maximized if the facilities are good and standard procedures are well established. Pasteurization. spawning and clean out will require the most care to obtain high production. However, if a poor substrate or poor spawn are chosen, the maximum prodution will still poor. Suffiecient water is also of great importance.
Picking parctices will determine the quantity produced, the quality of product, and the health of the workers. Mushroom must be picked before they release spores. If that is done, mushroom will weigh more, look nicer, and last longer on the shelf. If that is done spores can not carry viruses to other mushrooms and worker will not develop respitory problems ( asthma, hay fever ) from spores in the air they breath.

* note : This article was orinal produced by someone else. I will put the link after I manage to find the website again

Wednesday, September 17, 2008

Dugaan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

2 hari lepas, tuan tanah sms kami cakap tanah tu dah clear. Bleh dah start bina rumah cendawan. Aduhai , Baru aja confirm nak sewa rumah . Kami dah siap pi sukat dan dah nak beli net, buat rak etc. Ingatkan lepas raya baru nak pi tgk tanah tu dan buat plan . Dah jadi jiwa kacau.
Tuan rumah pon dok call tanya camna, jadi x nak duduk nie. Poning den. Nanti nak slow talk dgn biznes patner ( my wife le ), baru leh finalise.

* Mana lebih bagus net warna hitam ke hijau ?

Dalam dok pening tu , sempat gak buat Logo tuk company. Bleh tgk kat atas tu . So, lepas ni, MyWish Agrotech Enterprise akan pakai logo tu sampai penjenamaan semula. Kami juga sedang buat packing eksperimen untuk cari cara terbaik pembungkusan dan penyimpanan selepas cendawan di bungkus. Harap kawan kawan pengusaha sekitar S.Petani dapat jual cendawan kat kami ( harga tu diskaun ler skit ) bagi membantu kami nie. Beli kat giant dah x fresh.

Tuesday, September 9, 2008

Cendawan Sulong Mywish Agrotech



Assalamulaikum...
Ini la rupanya 1st cendawan kami yang kami dapat waktu kursus dulu. Sepatutnya ada 8 beg tapi dah kena serang dek hama lagi 6.
Bersyukur sebab yg balance keluarkan hasil gak. Bertambah semangat la kami. hehe.
Tapi kami mungkin nak lebih aktif dalam bidang product hiliran . Masih dok intai kat mana ada kursus yg ajar kat kawasan berdekatan. BTW, itu baru perancangan dan yg penting kena start dengan process penanaman cendawan dulu.
Kepada para Otai cendawan atau yg dah ceburi bidang nie, bila sebenarnya penting untuk kekalkan kelembapan ? Waktu peram ( 45 ~ 60 hari ) atau waktu tuai ( lepas buka tutup ) atau dari mula peram sampai beg di buat baja kompos... Dah naik kompius dah nie.

Friday, September 5, 2008

Tapak Projek Baru

Assalamualaikum...

Hmmm.. setelah berhempas pulas memningkan kepala, kami akhirnya memutuskan untuk buat projek nie dalam bangunan. At first nak try rumah kedai tapi blanja besar sgt ( kos sewa ler ). So kami pon survey dan dapat rumah semi D. Luas tu kira OK la. Ada 3 bilik dan ruang tamu yg luas. Bleh modified untuk letak rak kat ruang tamu tu. Belakang rumah tu ada tanah sikit yang cukup tuk buat tempat bagging dan kukus ( tong drum ler ). Cuma tempat untuk packing dan stor aja tgh dok adjust. Dari 3 bilik tu, 1 buat tempat suntik benih.
So , kepada para usahawan, kekawan yang dah buat project dalam bangunan siap cam kami ni, minta ler beri tunjuk ajar camna nak control suhu dan kelembapan. Juga sesuai ke ruang tamu buat letak rak sebab yang saya paham kena ruang basmi bakteria. Besar tu..

Tapi kalau permintaan tinggi, kami akan berpindah ke tanah yg kami sewa ( Tapak asal ) dan buant bangsal cendawan seperti yg di ajar kepada kami. Cuma tanah tu sampai skarang x di tebas rumput dia oleh tuan tanah. Mungkin bulan puasa kot .

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan 2008

Kami di MyWish Agrotech ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 2008 dengan penuh kesyukuran dan penuh rahmat.

Kami masih lagi dengan projek menbuat rak untuk beg media dan masih tengah pening dengan tapak projek. Ada 2 pilihan dan kedua nya baik dan bagus sama ada long term atau short term.

Aduhai.....................

Tuesday, August 26, 2008

Kesibukan Tak Kesudahan


Assalamualaikum....

X dapat nak update daily la blog nie kerana kesibukan dalam penyelidikan ( cari sumber / info mengenai cendawan di internet ) dan membuat rak untuk beg media. Al maklum lah, bulan depan kan puasa, mungkin x larat dan nak rest. Memula ingat nak suruh org aja buat, tapi nasihat sifu ( kak Ros ), kena jimat save cost . So buat ler sendiri. Nasib baik wife tulun gak . Tak ler terasa penat tu. Lagipon kena buat awal rak nie sebab kami masih kerja. Waktu terluang pon time cuti aja dan malam. Tapi kalau malam just buat measurement dan potong aja. Kalau pi paku rak tu, mau hammer terbang atas kepala kami..

Satu lagi problem ialah rumah cendawan kena delay lagi pembinaan di atas sebab tanah x rata lagi. Lari lagi schedule. Ini tunda kali ke berapa pon x ingat dah. Rasa macam nak sewa rumah aja, then buat kat dalam tu.

Note : Tgh cari para usahawan cendawan di sekitar S.Petani dan kawasan sewaktu dengannya untuk persahabatan dan perkongsian maklumat.

Friday, August 22, 2008

Innovative "Serunding cendawan " at MAHA show

SERDANG, Aug 14 (Bernama) -- In the spirit of "Malaysia Boleh" (Malaysia Can) two innovative entrepreneurs were inspired to develop and innovate new agro-based products which they introduced at the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2008 (MAHA) here Thursday.One of the more interesting products showcased at the exposition had a twist on the "serunding", a local Malay delicacy. It came in the form of mushroom serunding, a first as the delicacy had always been meat based.Sinona Shaari, founder of Ladang Genting Permai Resources (which produces mushroom based products), said was inspired to develop the mushroom serunding because fresh mushrooms only lasted for two to three days and leftover stockpile deteriorated quickly."So we researched ways turn excess stocks into profitable products. We came up with mushroom tempura, mushroom flour and recently (February 2008) mushroom serunding," she told Bernama at her booth in MAHA.Sinona also explained that currently they are still processing mushroom serunding by hand although with expansion in mind they are in the process of getting a machine that would be able to process the delicacy more efficiently in terms of bulk and speed.

Di petik dari Bernama 14Aug2008

Sunday, August 17, 2008

Apa kata survey!

Assalamualaikum..

Sibuk skit 2 3 hari nie sebab banyak kerja lain . Lagipun tgh dok design rumah cendawan nie. Dah pening dah kepala sebab byk sgt design dia dalam web. Nak buat yang canggih , takut tak cukup modal. So tgh design yang bersesuaian dengan poket money la..

Dari pi survey kayu ngan simen . Kayu tu untuk buat rak. Baru jumpa satu jenih 2x1" .
Kalau beli 6ft harganya RM5.40 . Kalau 8ft harganya RM6.00 . So lebih baik beli aja 8ft walaupon nak pakai cuma 6ft. lagi 2ft kayu tu leh gak buat benda lain. Simen lak sekampit RM17.00 . Ces..member aku kata RM15 aja 2 hari lepas. Tak apa, esok survey lagi.

Tadi pi tgk tapak projek, perhhhhh, tak clear lagi. Tapi dah 70% dah lalang kena bakar. Balance tu mungkin esok kot pak cik tu tebas dan bakar.

Okeyla, jumpa lagi nanti.

Monday, August 11, 2008

Langkah Pertama

Assalamulaikum.....

Berjumpa lagi. So skarang nak citer langkah pertama sebelum buat projek nie.
Tentulah kena pi kursus dulu.

Kalau nak ikutkan jadual, kami sepatutnya kursus pada bulan jun'2008 tapi disebabkan pada hari kursus tu , uncle @ bapak angkat saya meninggal dunia ( semoga di cucuri rahmat ). Jadi pagi tu saya call urus setia cakap tak dapat datang dan mereka bagi saya peluang kedua.

Pada tanggal 12-July-2008, saya dan wife selamat menjalani kursus tanaman cendawan tiram kelabu di Relau, Kedah bawah kelolaan Pn Rosmawati ( Agrosun ) , En Hadi Majid ( Al Hadi Agrotech ) & lain lain yang membantu mereka.
Ingatkan senang jaga cendawan nie, tapi susah la gak. Kalau nak main main , baik lupakan kerna cendawan memerlukan jagaan yang sempurna dan efisien.

So, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih pada Pn. Ros yang memberi tunjuk ajar dan jugak beri advise kepada kami untuk start projek nie.

Saturday, August 9, 2008

Permulaan perjalanan ke arah pertanian

Assalamulaikum.....

Akhirnya tercapai gak cita cita untuk buat blog nie....walaupon x banyak masa dan ilmu blogging nie... try jugak la buat.

Kembali kepada tajuk, kami kini sedang mengorak langkah untuk menjadikan " pertanian " sebagai satu sumber pendapatan kami. Ini kerana banyak faktor di antara nya minat dan " x mahu bergantung kepada org lain - makan gaji ".

Mulanya , bercadang nak buat projek " lintah " ngan kawan tapi masalah modal dan komitment.
Tambahan pulak saya lebih gemar dengan cendawan. So, bila bincang ngan isteri , dia cakap teruskan dengan cendawan. Dia pon berminat gak.. Kalau lintah geli katanya.
IbuBapa kami pon menyokong kalau buat projek tanaman cendawan. Kata mereka, banyak nampak kat TV .

Cukup dulu sampai sini, nanti saya post pulak macam mana saya mula ( kursus etc ).

Note : semalam pi tengok tapak rumah cendawan..Mungkin Ok kot