Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label steamer. Show all posts
Showing posts with label steamer. Show all posts

Sunday, November 2, 2008

Lawatan ke TAA , Bota Kiri


Assalamualaikum.
So , pada 28/10/2008 , kami telah berjaya sampai ke TAA , Bota Kiri, Perak tanpa sebarang masalah kesesatan. Ini kerana Wife saya biasa dengan jln tu dan adanya papan tanda TAA kat jalan utama. Kalau X ada papan tanda tu mmg terlepas la kami.
Seperti yang di tulis dalam blog TAA, kami x berkesempatan bertemu dengan En Azman dan Kak Ieta. BTW , kami dpt bertemu dgn Mr Aris dan isteri yang mmg peramah dan X lokek ilmu. Apa saja yang kami tanya di jawab dengan panjang lebar dan konfiden. Kami yg dengar pon turut sama jadi bertambah konfiden. Byk benda yang saya dan isteri tanya kerna kami kan baru berjinak jinak dgn cendawan. Antara yg di tanya kami ialah cara packing cendawan dan penyimpanan, suhu bangsal dan pasal steamer. Kalau X silap saya steamer TAA bleh muat 500 @ 550 beg media. Mr aris jugak ckp yg steamer tu nak modified skit lagi. Semoga berjaya .
Alang alang dan sampai tu, kami borong le apa yang patut. Beg media mesti x terlepas nya untuk beli selain set penutup dan packing plastic.
Apa apa pon kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr Aris dan isteri kerana sudi melayan karenah kami selama beberapa jam. Juga kepada Encik Azman dan isteri, harap dpt berjumpa di masa hadapan.

Friday, October 31, 2008

Lawatan ke Agrosun, Relau


Salam semua. Maaf lama x update blog kerana kabel kena curi. So, pada 26/10/2008, kami telah ke Agrosun, Relau untuk mengambil bongkah yg kami order berserta peralatan membuat cendawan yang lain. Kedatangan kami di sambut mesra oleh Puan Ros dan suami serta kak Ana. Kami sempat juga ulangkaji pelajaran cendawan nie dgn Puan Ros ( Cikgu kami ni ) dan kak Ana. Juga sempat kami melihat steamer baru yang boleh memuatkan 700 beg pada setiap kali kukus. Bila le kami dpt steamer camni.
Bila tengok schedule buat beg media Agrosun, perhhh sampai tahun depan pon dah ada.Tahniah kepada pihak Agrosun yang semakin berjaya dan berdaya maju. Puan Ros juga ada beritahu nanti nak pakai bagging machine lak. Bertambah cepat le process pembuatan beg media. Senang ler kami nak order nanti.Kami juga sempat bertanya mengenai cara packing dan penyimpanan cendawan segar setelah di kutip agar dapat bertahan lama.
Sekali lagi di ucapkan terima kasih kepada warga Agrosun yang sudi melayan kami .

* Update dari opis nie.