Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 17, 2008

Akhirnya ... Bermulalah era baru

Assalamualaikum,

Bermulalah episod baru MyWish Agrotech di mana kami mula membuat bag bag kami sendiri.

Kami juga rasa sgt gembira kerana dengan menjalankan projek ini, kami dpt mengeratkan semangat kejiranan . Ada yang kagum ada yang buat "dono " aja. Tapi jiran sebelah rumah siap dtg sekeluarga tolong buat bagging. Baguih dok ada.

By the way, sini nak kongsi pengalaman skit la untuk mereka yang baru nak mula macam kami.

Kalau org muda atau aktif sport , maybe x terasa sgt keletihan dan sakit pinggang akibat buat mixing process. Process mixing pakai scope dan cangkul ( Manual mixing ) mmg amat memenatkan. Saya baru try buat 40Kg , dah out. Ikut jadual kena buat 100Kg tapi bila tuang habuk kayu 20Kg nampak sikit. Tambah lagi 20Kg pon nampak sikit. Tapi Wife cakap try dulu 40Kg. Perhhh. Kalau buat sesorang manual mixing mmg leh patah pinggang dan silap silap pitam. Nasib baik saya start malam dan jiran sebelah rumah datang membantu saya buat mixing tu setelah saya x larat nak angkat scope dan anak anak dia x larat nak tunggu untuk buat bagging. Punya letih dok kacau , sampai formula pon terlupa. Nasib baik wife selamatkan. Kalau tak, habuk kayu tu pakai buang atau buat baja la jawabnya.

Lepas dah siap mixing process, bagging di serahkan kepada wife saya sebagai cikgu yang mengajar jiran saya sekeluarga. Saya lak sempat buat 2 bag aja then berehat ( out or order ).

Semuanya siap jam 12 tgh mlm. Lepas tu , makan panadol extend.

Bagi para para pengusaha baru yang nak guna manual mixing tu, try dulu buat dalam kuantiti yang kecil untuk mengukur kemampuan kita / team. Apatah lagi kalau kena buat sesorang.

Tapi kalau mmg konfiden, teruskan. Cuma jgn jadi cam saya, sampai sekarang dok sakit lagi pinggang nie. Kat kursus kita buat mixing beramai ramai, mana la rasa sakit. Cthnya : Masa saya kursus dulu 50Kg , 6 orang mix + seorang urus setia kursus, nak letih apanya.

Patah semangat ? Mmg tak patah semangat malah semakin berkobar sebab target nak beli mesin mixer. Cikgu saya pon suruh beli mesin mixer.




No comments: