Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 17, 2008

Lawatan Oleh Student Politeknik Kulim


Assalamualaikum.


Pada hari sabtu yang lepas, MyWish Agrotech telah menerima kunjungan sulong dari empat orang student Politeknik Kulim yang comel comel belaka. Semuanya orang dari Pantai Timur.

Tujuan kedatangan mereka ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai Projek Tanaman Cendawan bagi kertas projek mereka.

Oleh kerana yang datang tu aweqs , maka keseluruhan sesi interview dan penerangan di lakukan oleh Wife saya merangkap Penasihat Projek. Lagipun bab pemasaran dan customer relation nie, wife saya lagi pandai.

Namun , oleh kerana process bagging dan kukus telah siap di buat, maka tak dapatlah kami tunjuk process berkenaan. Tetapi, info dari wife saya, para student ini akan datang kembali ke farm kami untuk merasa sendiri keseronokan buat bagging. Jadi , saya sebagai wakil MyWish Agrotech mengalu-alukan kedatangan mereka sekali lagi. Tapi call dulu untuk appointment.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi datang ke rumah cendawan kami.

No comments: