Assalamualaikum....
Selamat berhari Raya kepada semua.
Setelah berhepas pulas dan nampaknya kurang berjaya, kami sekali lagi ingin meminta pendapat, bantuan teknikal @ taktikal, khidmat nasihat atau komen mengenai penyakit yg menyerang bangsal kami.
Menurut komen Cikgu kami, kalau hama , dia makan dari atas. Tapi yg kami hadapi ni, misellium mula hilang dari tengah beg dan merebak ke seluruh beg. Misillium hilang secara bulatan di tgh beg ( macam gelang ).
Memang tak perasan kerana depan dan blakang masih cun ( putih ) dan kalau atas rak lagi ler tak perasan. Bila dah abis semua baru tau sebab satu beg jadi coklat balik.
Beg semua tak buka lagi dan kebanyakan beg hampir mtg.
Kami cuba buka tutup peram bagi keluar gak cendawan tapi tetap tak keluar apa apa hasil. Benih jadi cam kering.
Beg yang telah menerima penyakit ini lebih kurang 120 beg dah dan dok bertambah setiap hari.
Kami dalam kedaan kritikal dan perlukan bantuan .
Emergency emergency emergency.
No comments:
Post a Comment