Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Monday, April 27, 2009

Kursus ke 2/09 MWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami dengan ini ingin mengucapkan berjuta terima kasih kepada Mr Ken, Mr Heng dan Mr Ramesh kerana telah berjaya menghadiri kursus asas penanaman cendawan yang telah kami anjurkan pada 25hb April'2009. Diharap segala ilmu dan pengalaman kami yang di ajar dapat membantu mereka dalam menceburi bidang ini.
Terima kasih juga kepada Encik Pjan dan En Han kerana membenarkan peserta kursus kami melawat bangsal cendawan mereka sambil memberi tip yang berguna kepada peserta.
Juga kepada mereka yang telah mendaftar dan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami amat berharap anda dapat menghadirkan diri pada kursus di bulan Mei'2009.

Saturday, February 14, 2009

Karipap dan Tempura Cendawan MyWish



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang jarang dapat update blog sebab sibuk ngan ujikaji dan pemasaran produk terbaru kami. Setelah mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari para otai otai dan kekawan di bidang yang sama, kami telah pon berjaya membuat pengeluaran karipap cendawaan dan tempura cendawan kami sendiri. Dah 2 minggu kami berusaha penuhi permintaan pelanggan sehingga kami terpaksa mengupah 2 lagi pembantu dalam hal ini. Memang tak menang tangan.
Kami juga terpaksa membeli cendawan dari pengusaha lain untuk menamping permintaan yang kian meningkat ini. Namun packaging akan kami tukar dalam masa terdekat supaya lebih menarik dan kos efektif.
Sesiapa yang ingin menempah bolehlah sms atau email kepada kami.

Friday, November 21, 2008

Dugaan.............

Assalamualaikum.....

Tak banyak yang dpt di update di sini. Perkembangan kami ialah kami sibuk dengan aktiviti promosi, bagging dan deco kami punya tempat. Maklumlah appoitment penuh sampai bulan depan. Ramai yang tepon cakap nak melawat. Alhamdulillah. Mana tau kot kot ada rezeki di situ.
So, kepada pembaca yang sudi nak datang tu , janganlah segan segan, call kami dulu agar kami dapat mengatur masa lawatan. Masuk adalah percuma.

Hari ini, wife tersayang pi la nak hantar sambil survey market baru kat Kawasan S.Petani. Tapi agak kecewa kerana kedai yang cakap nak amik ngan kami pon x mau amik dah. Kedai kedai baru pon susah jugak. Tapi tak semua tempat la yang tolak.
Ini gara gara ada pengusaha kat sini yang tolak sekilo RM4.00 . Perh..camna nak lawan nie?
Contract farming pon ambil RM5.50. Kami tolak harga yg terendah RM7.50 sekilo. Beza RM3.50. Surrender kami. Even kalau di jual ngan harga tu, kami lak yang rugi . Modal pon x balik. Duit upah orang lagi! duit sewa rumah lagi. Ni la masalah yang kami sedang hadapi dan kami akan hadapi dengan tabah.
So, kepada pengusaha di sekitar Sungai Petani dan di Sungai Petani sendiri, kalau nak jual RM4.00 tu , bolehlah jual kat saya. Saya beli berbanyak.

Jugak kepada para otai otai kat luar sana atau para kekawan yang lain, tolong bagi idea sat camna nak jual sekilo RM4.00 tanpa kerugian. Saya dah tak tau camne nak kira.

Note :- Kat tempat kerja lak, baru di kuatkuasakan larangan menjalankan perniagaan.
Waaaaaaaaaaaaaa sedihnya. Tabah.. Mesti kena tabah.

Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - MySpace Layouts

Friday, September 19, 2008

Info untuk semua

Assalamualaikum..
Di bawah ini adalah petikan dari sebuah e-book mengenai cendawan tiram. E-book itu dalam pdf format dan ada 6 chapter. ( Zip : 1.5M ) . Sesapa yang berminat bleh email kat saya dan saya akan hantar file tersebut. Banyak ilmu bleh kita dapat walaupon e-book tu mungkin dihasilkan pada tahun 2005. Cuma saya X ingat laman web asal aja. Sapa yg tahu sila inform saya supaya bleh add link dia.

OYSTER MUSHROOM CULTIVATION
Every step in the production of mushroom must be done with care. Production will be maximized if the facilities are good and standard procedures are well established. Pasteurization. spawning and clean out will require the most care to obtain high production. However, if a poor substrate or poor spawn are chosen, the maximum prodution will still poor. Suffiecient water is also of great importance.
Picking parctices will determine the quantity produced, the quality of product, and the health of the workers. Mushroom must be picked before they release spores. If that is done, mushroom will weigh more, look nicer, and last longer on the shelf. If that is done spores can not carry viruses to other mushrooms and worker will not develop respitory problems ( asthma, hay fever ) from spores in the air they breath.

* note : This article was orinal produced by someone else. I will put the link after I manage to find the website again

Tuesday, September 9, 2008

Cendawan Sulong Mywish Agrotech



Assalamulaikum...
Ini la rupanya 1st cendawan kami yang kami dapat waktu kursus dulu. Sepatutnya ada 8 beg tapi dah kena serang dek hama lagi 6.
Bersyukur sebab yg balance keluarkan hasil gak. Bertambah semangat la kami. hehe.
Tapi kami mungkin nak lebih aktif dalam bidang product hiliran . Masih dok intai kat mana ada kursus yg ajar kat kawasan berdekatan. BTW, itu baru perancangan dan yg penting kena start dengan process penanaman cendawan dulu.
Kepada para Otai cendawan atau yg dah ceburi bidang nie, bila sebenarnya penting untuk kekalkan kelembapan ? Waktu peram ( 45 ~ 60 hari ) atau waktu tuai ( lepas buka tutup ) atau dari mula peram sampai beg di buat baja kompos... Dah naik kompius dah nie.