Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, November 29, 2008

Hibernate !

Assalamualaikum.....

Skarang nie , kami di MyWish Agrotech sedang membuat post mortem atas segala cabaran dan masalah yang kami hadapi. Jadi mungkin x aktif untuk post blog .

Hari Sabtu yang baru lepas, kami telah pergi berjumpa dgn Cikgu kami , Puan Ros ( Agrosun ) minta khidmat nasihat dan upgrade ilmu kami yg sejemput nie. Seperti biasa , Puan Ros memberi tunjuk ajar yang melimpah ruah kepada kami yang mmg tak malu nak bertanya.

Di situ kami tahu di mana kesilapan kami dan di mana patut kami perbaiki. Kami masih blajar lagi dan byk yg kami x tahu.

Juga ingin ucapkan kepada para otai otai dan pengusaha lain yg memberi komen kepada kami untuk improvekan keadaan kami. Semuanya akan di ambil kira dan di praktikkan.

Note : E-book ringkas mengenai dunia cendawan dah siap. Skarang tgh test kandungan dgn student student IPT. Kalau they enjoy, kami akan publishkan di sini. Tujuan E-book tersebut bukan nak bagi pembaca bleh terus buat tanaman cendawan , tapi pengenalan kepada dunia tanaman cendawan sebelum serius atau masuk kursus intensif. E-book ini di hasilkan atas permintaan beberapa student & rakan rakan yang ingin gambaran secara kasar dunia cendawan. ( kami x larat nak cerita. Bagi depa baca plak )

MyWish Banner 2

Tuesday, November 25, 2008

Apa dah Jadi!




Asslamualaikum .

Mintak nasihat dari para otai dan pengusaha yang lain untuk menjelaskan kepada saya kenapa cendawan saya banjir . Waaaaaaaaaaaaa habis 16 peket.
Jugak kalau bleh bagi le idea camna nak elakkan perkara sama berulang.

Note : sedih nie

Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - MySpace Layouts

Friday, November 21, 2008

Dugaan.............

Assalamualaikum.....

Tak banyak yang dpt di update di sini. Perkembangan kami ialah kami sibuk dengan aktiviti promosi, bagging dan deco kami punya tempat. Maklumlah appoitment penuh sampai bulan depan. Ramai yang tepon cakap nak melawat. Alhamdulillah. Mana tau kot kot ada rezeki di situ.
So, kepada pembaca yang sudi nak datang tu , janganlah segan segan, call kami dulu agar kami dapat mengatur masa lawatan. Masuk adalah percuma.

Hari ini, wife tersayang pi la nak hantar sambil survey market baru kat Kawasan S.Petani. Tapi agak kecewa kerana kedai yang cakap nak amik ngan kami pon x mau amik dah. Kedai kedai baru pon susah jugak. Tapi tak semua tempat la yang tolak.
Ini gara gara ada pengusaha kat sini yang tolak sekilo RM4.00 . Perh..camna nak lawan nie?
Contract farming pon ambil RM5.50. Kami tolak harga yg terendah RM7.50 sekilo. Beza RM3.50. Surrender kami. Even kalau di jual ngan harga tu, kami lak yang rugi . Modal pon x balik. Duit upah orang lagi! duit sewa rumah lagi. Ni la masalah yang kami sedang hadapi dan kami akan hadapi dengan tabah.
So, kepada pengusaha di sekitar Sungai Petani dan di Sungai Petani sendiri, kalau nak jual RM4.00 tu , bolehlah jual kat saya. Saya beli berbanyak.

Jugak kepada para otai otai kat luar sana atau para kekawan yang lain, tolong bagi idea sat camna nak jual sekilo RM4.00 tanpa kerugian. Saya dah tak tau camne nak kira.

Note :- Kat tempat kerja lak, baru di kuatkuasakan larangan menjalankan perniagaan.
Waaaaaaaaaaaaaa sedihnya. Tabah.. Mesti kena tabah.

Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - MySpace Layouts

Monday, November 17, 2008

Lawatan Oleh Student Politeknik Kulim


Assalamualaikum.


Pada hari sabtu yang lepas, MyWish Agrotech telah menerima kunjungan sulong dari empat orang student Politeknik Kulim yang comel comel belaka. Semuanya orang dari Pantai Timur.

Tujuan kedatangan mereka ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai Projek Tanaman Cendawan bagi kertas projek mereka.

Oleh kerana yang datang tu aweqs , maka keseluruhan sesi interview dan penerangan di lakukan oleh Wife saya merangkap Penasihat Projek. Lagipun bab pemasaran dan customer relation nie, wife saya lagi pandai.

Namun , oleh kerana process bagging dan kukus telah siap di buat, maka tak dapatlah kami tunjuk process berkenaan. Tetapi, info dari wife saya, para student ini akan datang kembali ke farm kami untuk merasa sendiri keseronokan buat bagging. Jadi , saya sebagai wakil MyWish Agrotech mengalu-alukan kedatangan mereka sekali lagi. Tapi call dulu untuk appointment.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi datang ke rumah cendawan kami.

Akhirnya ... Bermulalah era baru

Assalamualaikum,

Bermulalah episod baru MyWish Agrotech di mana kami mula membuat bag bag kami sendiri.

Kami juga rasa sgt gembira kerana dengan menjalankan projek ini, kami dpt mengeratkan semangat kejiranan . Ada yang kagum ada yang buat "dono " aja. Tapi jiran sebelah rumah siap dtg sekeluarga tolong buat bagging. Baguih dok ada.

By the way, sini nak kongsi pengalaman skit la untuk mereka yang baru nak mula macam kami.

Kalau org muda atau aktif sport , maybe x terasa sgt keletihan dan sakit pinggang akibat buat mixing process. Process mixing pakai scope dan cangkul ( Manual mixing ) mmg amat memenatkan. Saya baru try buat 40Kg , dah out. Ikut jadual kena buat 100Kg tapi bila tuang habuk kayu 20Kg nampak sikit. Tambah lagi 20Kg pon nampak sikit. Tapi Wife cakap try dulu 40Kg. Perhhh. Kalau buat sesorang manual mixing mmg leh patah pinggang dan silap silap pitam. Nasib baik saya start malam dan jiran sebelah rumah datang membantu saya buat mixing tu setelah saya x larat nak angkat scope dan anak anak dia x larat nak tunggu untuk buat bagging. Punya letih dok kacau , sampai formula pon terlupa. Nasib baik wife selamatkan. Kalau tak, habuk kayu tu pakai buang atau buat baja la jawabnya.

Lepas dah siap mixing process, bagging di serahkan kepada wife saya sebagai cikgu yang mengajar jiran saya sekeluarga. Saya lak sempat buat 2 bag aja then berehat ( out or order ).

Semuanya siap jam 12 tgh mlm. Lepas tu , makan panadol extend.

Bagi para para pengusaha baru yang nak guna manual mixing tu, try dulu buat dalam kuantiti yang kecil untuk mengukur kemampuan kita / team. Apatah lagi kalau kena buat sesorang.

Tapi kalau mmg konfiden, teruskan. Cuma jgn jadi cam saya, sampai sekarang dok sakit lagi pinggang nie. Kat kursus kita buat mixing beramai ramai, mana la rasa sakit. Cthnya : Masa saya kursus dulu 50Kg , 6 orang mix + seorang urus setia kursus, nak letih apanya.

Patah semangat ? Mmg tak patah semangat malah semakin berkobar sebab target nak beli mesin mixer. Cikgu saya pon suruh beli mesin mixer.




Tuesday, November 11, 2008

Suhu oh Suhu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit berita terkini dari kami si MyWish Agrotech.
Kami sekali lagi menghadapi masalah suhu yang tinggi di rumah cendawan kami.
Sebelum beg beg media di susun di rack, suhu mmg cun tapi bila dah ponuh atas rack, perhh tinggi tu. Max 32.7C.
Namun 2 3 hari lepas dah ok skit dengam max 31.4C. Tetapi masih x puas hati lagi
dan kami pasang pulak "Air ventilation " iaitu benda berpusing atas bumbung tu.
Tokey kata " itu suhu mesti turun punya kawan. Dia kasi tarik itu haba panas bla bla
bla ". Habis RM536.00 . Monitor 2 hari dah cuma beza 0.01C aja. Ni yang panas nie.
Tapi still nak monitor sampai hujung minggu nie. X ok gak , panggil tokey ambik balik.
Buat rugi duit aja.

Lain lain - dari 2146 beg media , 3 dah kena kulat hijau dan 1 lak ada ulat bermain main
dalam tu.

Note : Kami buat masa nie menjalankan projek di sebuah rumah Semi-D .

Sunday, November 9, 2008

Digital Hydrometer For Sale

Assalamualaikum....Dear all,

We are now selling Digital Thermo-Hydrometer Model HC520.


This digital In \Out Thermometer & Hygrometer Detector can monitor the ins and out temperature and relative humidity indoors and display these readings locally in its LCD panel provides a visual.
With its built-in humidity and temperature sensors and the sensor wire, it is the ideal solution for monitoring mold growth, low humidity, and controlled environmental settings.

Selling price is RM70.00 per unit.

The spec as below :

* Inside Operating temperature: -10°C~+50°C (+14°F~122°F)

* Outside Operating temperature: -50°C~+70°C (58°F~158°F)

* Humidity Range: 20%RH-99%RH

* Temperature Accuracy: +\-0.1°C (-20~60°C), +\-2°C (other))

* Humidity Accuracy: +\-5% RH(20%~99%, at 25°C)

* Temperature Resolution: 0.1°C (0.1°F)

* Humidity Resolution: +\-5%RH (20%~99%)

* Power supply: 1.5V (AAA Size) x 1 (included)

Kindly contact as via email or phone (019-4771759 / 013-4321759) to order. No minimum quantity order.

MyWish Cari ilham

Assalamualaikum...
Lama tak update blog nie sebab kabel masih x ok. Nie pon pakai kat rumah mak mertua. Minggu laps waktu pergi Giant nak beli barang party anak saya, terjumpa dgn product cendawan kering nie. Ada 3 perisa kalau x silap. Black pepper, curry dan satu lagi x ingat. Ini keluaran C&C Tropikal Mushroom Snacks Sdn. Bhd. Saya beli jugak satu perasa black pepper dan rasanya Ok jugak. Camna la nak buat keropok camtu....Sapa nak bagi resepi .. email saya.

Terima kasih jugak kepada CPJ yang bagi resepi popiah cendawan. X sempat nak try sebab wife sibuk ngan exam. Segala projek 'try & error ' karipap, popiah dan cendawan goreng stop sekejap. Bila abis exam , kami sambung balik.

Juga pada 8-11-2008, kami telah ke Bumi Kulat Enterprise, Felda Teloi Timur, Kedah. Sempat jugak kami melihat lihat tempat projek BKE dan belajar apa yang sempat.

Itu saja buat kali ini. Semoga berjumpa lagi.

Note : Gambar background tu karnival TM gegar kat Felda Teloi Timur. Gegarrrrrrrrrrrrrr


Sunday, November 2, 2008

Lawatan ke TAA , Bota Kiri


Assalamualaikum.
So , pada 28/10/2008 , kami telah berjaya sampai ke TAA , Bota Kiri, Perak tanpa sebarang masalah kesesatan. Ini kerana Wife saya biasa dengan jln tu dan adanya papan tanda TAA kat jalan utama. Kalau X ada papan tanda tu mmg terlepas la kami.
Seperti yang di tulis dalam blog TAA, kami x berkesempatan bertemu dengan En Azman dan Kak Ieta. BTW , kami dpt bertemu dgn Mr Aris dan isteri yang mmg peramah dan X lokek ilmu. Apa saja yang kami tanya di jawab dengan panjang lebar dan konfiden. Kami yg dengar pon turut sama jadi bertambah konfiden. Byk benda yang saya dan isteri tanya kerna kami kan baru berjinak jinak dgn cendawan. Antara yg di tanya kami ialah cara packing cendawan dan penyimpanan, suhu bangsal dan pasal steamer. Kalau X silap saya steamer TAA bleh muat 500 @ 550 beg media. Mr aris jugak ckp yg steamer tu nak modified skit lagi. Semoga berjaya .
Alang alang dan sampai tu, kami borong le apa yang patut. Beg media mesti x terlepas nya untuk beli selain set penutup dan packing plastic.
Apa apa pon kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr Aris dan isteri kerana sudi melayan karenah kami selama beberapa jam. Juga kepada Encik Azman dan isteri, harap dpt berjumpa di masa hadapan.