Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 10, 2009

The Training - FAO manual

Trainers need to have solid knowledge on mushroom cultivation in order to train others. Trainers must be capable of teaching about mushrooms, their health properties and benefits, their cultivation, processing and how to run a mushroom production farm. More specifically, trainers need to learn about the various tasks involved in the whole process of mushroom cultivation, the various types of cultivation according to the various types of mushrooms, and the processing and transformation of cultivated mushrooms.
Several specialists, teachers and speakers can participate in the training, thus offering a wider approach and maintaining more interest for trainees.
Training is divided into two parts: a theoretical understanding and practical “hands-on” experience.
Each of these tasks requires certain abilities and therefore can be difficult or impossible to perform in a conventional way by some people with certain disabilities. Alternative approaches for accomplishing certain tasks need to be developed by trainers to help trainees develop their own strategic ways of accomplishing all tasks required in mushroom cultivation. Trainees that have become trainers are in the best position to teach other trainees about different ways of accomplishing required tasks.
As a TRAINER, should know about mushroom cultivation. It is highly recommended that if you have no experience in mushroom cultivation, you should identify an expert that will give you intensive training and continuous technical support.
Training is conducted as a hands-on experience with some basic theory for better understanding on the meaning of the activity. You, as trainers, must closely monitor procedures and actions as to show trainees how to develop easiness in accomplishing all required tasks.
Not all trainees will be capable of fully understanding each step involved in mushroom cultivation. Many will not even wish to get involved in the more complex tasks such as spawning, inoculation and even making their own bags. For most trainees, their objective is to cultivate mushrooms, and to sell these harvested mushrooms on the fresh market in order to generate income. This means, they want to buy inoculated bags ready for fruiting. These bags can often be bought locally from nearby mushroom farms, or can be supplied by the training center, thus generating income for the center. Nevertheless, some trainees will want to make their own bags and even sell already inoculated substrate bags to increase their income. This, associated with the cultivation itself, can generate an interesting profit when managed properly.
Trainees are expected to return home and set-up a mushroom farm following training. Close monitoring will then be needed to support trainees in their new venture.

*Taken from FAO Corporate Document Repository webpage
FOOD AND AGRICULTURE ORGANIZATION OF THE UNITED NATIONS

Wednesday, May 6, 2009

Lawatan ke SBK Mushroom , Paka, T'Ganu


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Baru baru kami telah pergi bercuti-cuti Malaysia ke Terengganu selama 4 hari 3 malam.
Semasa di sana, kami merancang untuk melawat beberapa rakan pengusaha cendawan di T'Ganu seperti SBK Mushroom, Agro Mesra Trading dan Besut Agro. Namun Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Akhirnya kami berkesempatan melawat SBK Mushroom sahaja.
Kami Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Suhaimi dan keluarga kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk melayan kami. Oleh kerana siangnya En Suhaimi bekerja, kami ke sana pada waktu malam dan ketika hujan..So tak dapat nak ambik gambar banyak-banyak.
Seperti biasa selepas bersuai kenal,maka topik cendawan ke yang di perbualkan. Banyak info dan pengalaman masing2 di kongsi bersama. Sama seperti kami, En Suhaimi jugak menjalankan projek ini secara sambilan. Namun beliau telah merancang untuk pembesaran bangsal cendawan beliau.
Apa yang menarik ialah beliau menggunakan tong cat ( 20L ) sebagai ukuran untuk process campuran. Kaedah yang sama saya pernah lihat di Sungai Petani, Kedah .
Mungkin banyak lagi kaedah campuran yang di praktikkan oleh para pengusaha yang berbeza dengan kaedah kami. Maklum lah cikgu tak sama.
Juga beliau ada membuat bongkah cendawan menggunakan habuk kayu biasa ( lupa lak kayu apa ) dan misillium masih berjalan dan mengeluarkan hasil. Cuma, berkurangan dan lambat dari habuk kayu getah.
Apa apa pun kami berharap ramai lagi pengusaha yang akan memberi peluang kami melawat mereka. Kepada Besut Agro ( Mr Nazri & Adi ) dan Agro Mesra Trading ( Mr Eruan ), jika ada rezeki , sampailah kami ke tempat saudara.

Monday, April 27, 2009

Kursus ke 2/09 MWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami dengan ini ingin mengucapkan berjuta terima kasih kepada Mr Ken, Mr Heng dan Mr Ramesh kerana telah berjaya menghadiri kursus asas penanaman cendawan yang telah kami anjurkan pada 25hb April'2009. Diharap segala ilmu dan pengalaman kami yang di ajar dapat membantu mereka dalam menceburi bidang ini.
Terima kasih juga kepada Encik Pjan dan En Han kerana membenarkan peserta kursus kami melawat bangsal cendawan mereka sambil memberi tip yang berguna kepada peserta.
Juga kepada mereka yang telah mendaftar dan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami amat berharap anda dapat menghadirkan diri pada kursus di bulan Mei'2009.

Thursday, April 23, 2009

Change email address

Dear all,

Due to some avoidable circumstance, we would like to inform that our company email now change to mywishagro@ymail.com . All email from us and to us shall use this new address start from today.

Sorry for the inconveniece cause that might happen.

Friday, April 17, 2009

Lawatan ke Bangsal Cdwn Mr. Pjan




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 15hb-April yang lalu, kami telah di beri peluang untuk melawat ke bangsal cendawan Mr Pjan di Sungai lalang, Kedah. Pada mulanya beliau juga part timer cam kami tetapi atas keingginan dan kesungguhan yang tinggi, beliau skarang telah menjalankan / menceburi Industri ini secara Full time.
Beliau bertuah kerana dapat menyewa rumah di sebelah rumah nya iaitu rumah taman semi-D.
Sama seperti konsep MyWish Agrotech. Cuma perbezaan nya, bilik di dalam rumah di jadikan tempat suntik dan peram manakala bagi tuaian, sebuah bangsal di bina di tepi rumah. Berdasarkan perbualan kami, luas bangsal cendawan ialah 18 * 20 ft dan boleh memuatkan sehingga 4K++ bongkah. Bahan bahan yang digunakan memang kos efektif dan menjimatkan. Oleh kerana bongkah cendawan matang yang di tempah belum sampai, Mr Pjan dan rakan telah mengambil inisiatif membuat sendiri bongkah cendawan. Purata sehari 160 bongkah cendawan di hasilkan.
Selain itu, kami juga bertukar pendapat dan pihak MyWish juga ada memberi sedikit komen dan nasihat yang boleh membantu pihak Mr Pjan. Apa2 segala nasihat dan komen adalah berdasarkan pengalaman kami yg tak seberapa ini dan di harap dapat membantu.
Akhir skali, terima kasih kepada Mr Pjan kerana sudi menjemput kami ke bangsal cendawan beliau dan berkongsi penadapat dengan kami. Pihak Mywish amat mengalu-alukan sebarang jemputan ke bangsal / ladang cendawan kerana di situlah kami dapat belajar dengan lebih lanjut tentang cendawan.
To Mr Pjan dan rakan, all the best.

Sunday, April 12, 2009

Perkembangan Terbaru MyWish Agrotech Ent

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

So, start bulan nie hingga June'09, kami akan menjalankan kerja kerja ubahsuai dan penempatan baru kepada bongkah. untuk merealisasikan hasrat itu kami akan lebih banyak merantau ke ladang2 cendawan di sekitar utara untuk mendapatkan idea yang lebih murah dan kos efektif bagi rumah cendawan yang baru ini.
Jugak , kami memohon berbayak maaf kepada para mereka yang berminat untuk membuat lawatan ke tempat kami termasuk para student. Kami terpaksa menolak kerana kerja kerja pembinaan masih dalam peringkat permulaan.
Tetapi, still ingin berkongsi idea / pengalaman yang seberapa nie, bolehlah datang ke rumah kami @ pejabat sementara kami. Kami akan cuba bantu / berkongsi maklumat seadanya.
Namun aktivti perniagaan masih di jalankan seperti biasa dan kami masih lagi aktif menyiapkan tempahan bongkah, karipap dan cendawan frozen kami.

Segala kesulitan amat di kesali

Saturday, March 28, 2009

Student UITM, Butterworth Part 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih d ucapkan kepada para student yang datang sekali lagi untuk blajar praktikal penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Di samping itu kami berkesempatan memberi idea dan cadangan kepada kertas projek mereka. Harapan kami agar mereka berjaya dalam projek ini dan seterusnya memcuba menanam cendawan jika mempunyai peluang.

Kepada Para student yang ingin membuat kertas projek mengenai Tanaman Cendawan Tiram Kelabu, Sila hubungi Pn Lia ( 013-4321759 ) untuk keterangan lanjut.

Terima kasih

Sunday, March 22, 2009

Penangguhan Kursus ke-2 kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami memohon ampun dan maaf sekali lagi kepada para peserta kursus ke-2 kami kerana terpaksa menangguh kursus ini kepada satu tarikh yang belum di tetapkan. Kami estimate dapat mengadakan kursus gantian pada minggu pertama bulan April.
kami akan menelefon para peserta untuk memberitahu tarikh sebenar kursus tersebut.
Juga, peluang masih di buka kepada orang ramai untuk bersama menyertai kursus tersebut.
Sila hubungi kami di 019-4771759 / 013-4321759.

Note : Anda boleh menyemak di ruangan sebelah kanan bagi info terkini kursus di MyWish Agrotech ENterprise, Sunga Petani , Kedah

Friday, March 6, 2009

Laporan Kursus #1

Makan time..selera sungguh


Belakang : Staff MyWish Agrotech
Depan : Mr Zaiful, Nadmi, Magendran


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pada 28-Feb yang lalu , Mywish Agrotech telah mengadakan kursus terbuka yang pertama di rumah cendawan kami. Seramai 3 peserta yang hadir dari 6 org peserta yang menghubungi kami. Walau bagaimanapun semangat para peserta dan staff Mywish tidak luntur dan kursus di jalankan dengan meriah dan santai.
Terima kasih sekali lagi kepada Encik Zaiful, Encik Nadmi dan Encik Magendran kerana sudi menghadiri kursus anjuran kami. Hubungi kami jika ada sebarang masalah atau pertanyaan

Kami akan mengadakan kursus seterusnya pada 21hb-3-2009 ( sabtu ) . Sila hubungi kami untuk pendaftaran.

Monday, February 16, 2009

Kursus di MyWish Agrotech Ent.


Sila hubungi kami untuk pendaftaran. Tempat terhad dan sijil peryertaan akan di sediakan.

Sunday, February 15, 2009

Lawatan oleh student UITM Merbok, Kedah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 14-Feb yang lepas , MyWish Agrotech telah di kunjungi 2 orang siswazah dari UITM Merbok, Kedah yang akan menyiapkan Kajian mengenai Agro Industri - Cendawan.

Mereka ialah Cik Wani dan Cik Nadia. Walaupon Pn Lia ( MyWish ) kurang sihat dan baru keluar dari hospital on 13-Feb, kami tetap memberi layanan dan tunjuk ajar sebaik mungkin kepada mereka.
Harapan kami semoga mereka dapat menyiapkan kajian mereka dan berjaya dalam presentation nanti. Jika ada salah dan silap, kami di MyWish meminta ampun dan maaf.

Juga, bolehlah contact kami jika perlukan bantuan / khidmat nasihat .

Saturday, February 14, 2009

Karipap dan Tempura Cendawan MyWish



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang jarang dapat update blog sebab sibuk ngan ujikaji dan pemasaran produk terbaru kami. Setelah mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari para otai otai dan kekawan di bidang yang sama, kami telah pon berjaya membuat pengeluaran karipap cendawaan dan tempura cendawan kami sendiri. Dah 2 minggu kami berusaha penuhi permintaan pelanggan sehingga kami terpaksa mengupah 2 lagi pembantu dalam hal ini. Memang tak menang tangan.
Kami juga terpaksa membeli cendawan dari pengusaha lain untuk menamping permintaan yang kian meningkat ini. Namun packaging akan kami tukar dalam masa terdekat supaya lebih menarik dan kos efektif.
Sesiapa yang ingin menempah bolehlah sms atau email kepada kami.

Tuesday, January 27, 2009

Penghantaran Beg Media #1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada 25-Jan yang lepas , Kami telah membuat penghantaran 500 Beg media kepada seorang pengusaha muda di Sungai Petani . Jumlah itu untuk beliau memulakan projek cendawan sebelum pihak beliau mula membuat beg beg media sendiri.
Semasa penghantaran, kami sempat melihat rumah cendawan beliau yang masih dapat process renovation. Namun untuk bilik tuai, water sprinkler dan siap di pasang dan beroperasi.
Kami sempat bertukar idea dengan beliau dan memberi tunjuk ajar mana yang patut.

Harapan kami semoga beliau dapat menjayakan projek cendawan beliau dengan jayanya.

* Gambar X sempat di rakam kerana terlupa bawak kamera plus letih sgt sebab pembantu cuti. Sesorang angkat beg beg media tu.

Thursday, January 22, 2009

Student Politeknik Kulim - Part 2


Assalamualaikum..........


Pada 16 dan 17-Jan-2009 , kami telah menerima kunjungan kedua dari student POLITEKNIK Kulim. Tujuan kali ini untuk merasa sendiri pengalaman menbuat bagging dan mengukus. Juga mereka datang untuk menyiapkan kertas kajian mereka.

kami di MyWish telah dan akan berusaha membantu setakat yang mampu.


Monday, January 19, 2009

Lawatan Dari Student UITM, Penang


Assalamualaikum.......... dan salam sejahtera.

Pada 10-Jan yang lalu, kami telah menerima kunjungan dari 4 orang student UITM, Penang yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai cendawan dan cara pengurusan. Ini ialah untuk melengkapkan kertas kajian perniagaan mereka. Seperti biasa, mereka telah di layan oleh Puan Lia ( CEO MyWish ) kerana beliau lebih pakar dalam bidang promo dan business. Saya tidak dapat hadir kerana kena berkerja dan saya lebih kepada bahagian production dan quality.
Namun kami di bantu oleh seorang staff MyWish Agrotech. Semoga segala maklumat yang di berikan dapat digunakan dalam melengkapkan kajian mereka.

Kami juga mengalu ngalukan para pelajar lain yang ingin membuat kajian ke tempat kami . Namun kami mungkin tidak mempunyai prasarana yang cukup lengkap seperti rakan rakan cendawan yang lain tetapi kami menpunyai maklumat yang lengkap mengenai penanaman cendawan.

Tuesday, January 13, 2009

Tahun 2009, MyWIsh Agrotech Ent.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami.

Just nak update perkembangan kami di tahun baru ini.
Permulaan untuk tahun baru ini agak bagus walaupon kami menghadapi masalah yang amat serius dengan bangsal cendawan kami yang baru.
Sepatutnya di tahun baru ni , kami dah beroperasi di bangsal yang baru tapi atas masalah kontraktor , ia tidak dapat di siapkan. Malah kami, mungkin terpaksa mencari kontraktor baru untuk menyiapkan projek tersebut dengan dana yang baru. Salah kami juga dah bayar habis kat kontraktor dan % dapat balik duit tu mungkin 5%. Belajar dari kesilapan dan kami mencari rezeki halal.
Kami juga kehilangan 3 customer yang ambil cendawan segar gara gara kami ghairah dengan projek bangsal baru. Beg beg media pulak semakin bertambah banyak yang rosak.

Namun , kami masih di beri peluang dan rezeki bila kami mendapat 2 customer baru bagi cendawan segar yang mana permintaan mereka melebihi kutipan cendawan kami. Juga, pertambahan customer bagi pembelian peralatan cendawan ( cap, neck , plastic bagging etc ).
Itu tak termasuk lagi yang menempah beg beg cendawan separa matang.
Kami amat berterima kasih kepada para pembeli / customer / pelanggan yang berurusan dengan kami dan berharap kami dapat recover balik duit yang hangus dalam masa terdekat.

Akhir skali, terima kasih kepada para rakan pengusaha yang lain kerana memberi peransang kepada kami sama ada secara terus atau tidak terus. Kepada mr Pesol ( Ayne ) , thanks kerana percaya kat kami dan hantar barang dulu sebelum sempat kami bank in duit.

Adios.