Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 13, 2009

Tahun 2009, MyWIsh Agrotech Ent.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami.

Just nak update perkembangan kami di tahun baru ini.
Permulaan untuk tahun baru ini agak bagus walaupon kami menghadapi masalah yang amat serius dengan bangsal cendawan kami yang baru.
Sepatutnya di tahun baru ni , kami dah beroperasi di bangsal yang baru tapi atas masalah kontraktor , ia tidak dapat di siapkan. Malah kami, mungkin terpaksa mencari kontraktor baru untuk menyiapkan projek tersebut dengan dana yang baru. Salah kami juga dah bayar habis kat kontraktor dan % dapat balik duit tu mungkin 5%. Belajar dari kesilapan dan kami mencari rezeki halal.
Kami juga kehilangan 3 customer yang ambil cendawan segar gara gara kami ghairah dengan projek bangsal baru. Beg beg media pulak semakin bertambah banyak yang rosak.

Namun , kami masih di beri peluang dan rezeki bila kami mendapat 2 customer baru bagi cendawan segar yang mana permintaan mereka melebihi kutipan cendawan kami. Juga, pertambahan customer bagi pembelian peralatan cendawan ( cap, neck , plastic bagging etc ).
Itu tak termasuk lagi yang menempah beg beg cendawan separa matang.
Kami amat berterima kasih kepada para pembeli / customer / pelanggan yang berurusan dengan kami dan berharap kami dapat recover balik duit yang hangus dalam masa terdekat.

Akhir skali, terima kasih kepada para rakan pengusaha yang lain kerana memberi peransang kepada kami sama ada secara terus atau tidak terus. Kepada mr Pesol ( Ayne ) , thanks kerana percaya kat kami dan hantar barang dulu sebelum sempat kami bank in duit.

Adios.

No comments: