Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, May 6, 2009

Lawatan ke SBK Mushroom , Paka, T'Ganu


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Baru baru kami telah pergi bercuti-cuti Malaysia ke Terengganu selama 4 hari 3 malam.
Semasa di sana, kami merancang untuk melawat beberapa rakan pengusaha cendawan di T'Ganu seperti SBK Mushroom, Agro Mesra Trading dan Besut Agro. Namun Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Akhirnya kami berkesempatan melawat SBK Mushroom sahaja.
Kami Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Suhaimi dan keluarga kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk melayan kami. Oleh kerana siangnya En Suhaimi bekerja, kami ke sana pada waktu malam dan ketika hujan..So tak dapat nak ambik gambar banyak-banyak.
Seperti biasa selepas bersuai kenal,maka topik cendawan ke yang di perbualkan. Banyak info dan pengalaman masing2 di kongsi bersama. Sama seperti kami, En Suhaimi jugak menjalankan projek ini secara sambilan. Namun beliau telah merancang untuk pembesaran bangsal cendawan beliau.
Apa yang menarik ialah beliau menggunakan tong cat ( 20L ) sebagai ukuran untuk process campuran. Kaedah yang sama saya pernah lihat di Sungai Petani, Kedah .
Mungkin banyak lagi kaedah campuran yang di praktikkan oleh para pengusaha yang berbeza dengan kaedah kami. Maklum lah cikgu tak sama.
Juga beliau ada membuat bongkah cendawan menggunakan habuk kayu biasa ( lupa lak kayu apa ) dan misillium masih berjalan dan mengeluarkan hasil. Cuma, berkurangan dan lambat dari habuk kayu getah.
Apa apa pun kami berharap ramai lagi pengusaha yang akan memberi peluang kami melawat mereka. Kepada Besut Agro ( Mr Nazri & Adi ) dan Agro Mesra Trading ( Mr Eruan ), jika ada rezeki , sampailah kami ke tempat saudara.

2 comments:

App Developers said...

Amazing blog and very interesting stuff you got here! I definitely learned a lot from reading through some of your earlier posts as well and decided to drop a comment on this one!

Anonymous said...

Halo,I'm Helena Julio from Ecuador,I want to talk good about Le_Meridian Funding Service on this topic.Le_Meridian Funding Service gives me financial support when all bank in my city turned down my request to grant me a loan of 500,000.00 USD, I tried all i could to get a loan from my banks here in Ecuador but they all turned me down because my credit was low but with god grace I came to know about Le_Meridian so I decided to give a try to apply for the loan. with God willing they grant me  loan of 500,000.00 USD the loan request that my banks here in Ecuador has turned me down for, it was really awesome doing business with them and my business is going well now. Here is Le_Meridian Funding Investment Email/WhatsApp Contact if you wish to apply loan from them.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Contact:+1-989-394-3740.