Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 17, 2009

Lawatan ke Bangsal Cdwn Mr. Pjan




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 15hb-April yang lalu, kami telah di beri peluang untuk melawat ke bangsal cendawan Mr Pjan di Sungai lalang, Kedah. Pada mulanya beliau juga part timer cam kami tetapi atas keingginan dan kesungguhan yang tinggi, beliau skarang telah menjalankan / menceburi Industri ini secara Full time.
Beliau bertuah kerana dapat menyewa rumah di sebelah rumah nya iaitu rumah taman semi-D.
Sama seperti konsep MyWish Agrotech. Cuma perbezaan nya, bilik di dalam rumah di jadikan tempat suntik dan peram manakala bagi tuaian, sebuah bangsal di bina di tepi rumah. Berdasarkan perbualan kami, luas bangsal cendawan ialah 18 * 20 ft dan boleh memuatkan sehingga 4K++ bongkah. Bahan bahan yang digunakan memang kos efektif dan menjimatkan. Oleh kerana bongkah cendawan matang yang di tempah belum sampai, Mr Pjan dan rakan telah mengambil inisiatif membuat sendiri bongkah cendawan. Purata sehari 160 bongkah cendawan di hasilkan.
Selain itu, kami juga bertukar pendapat dan pihak MyWish juga ada memberi sedikit komen dan nasihat yang boleh membantu pihak Mr Pjan. Apa2 segala nasihat dan komen adalah berdasarkan pengalaman kami yg tak seberapa ini dan di harap dapat membantu.
Akhir skali, terima kasih kepada Mr Pjan kerana sudi menjemput kami ke bangsal cendawan beliau dan berkongsi penadapat dengan kami. Pihak Mywish amat mengalu-alukan sebarang jemputan ke bangsal / ladang cendawan kerana di situlah kami dapat belajar dengan lebih lanjut tentang cendawan.
To Mr Pjan dan rakan, all the best.

No comments: