Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 27, 2009

Kursus ke 2/09 MWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami dengan ini ingin mengucapkan berjuta terima kasih kepada Mr Ken, Mr Heng dan Mr Ramesh kerana telah berjaya menghadiri kursus asas penanaman cendawan yang telah kami anjurkan pada 25hb April'2009. Diharap segala ilmu dan pengalaman kami yang di ajar dapat membantu mereka dalam menceburi bidang ini.
Terima kasih juga kepada Encik Pjan dan En Han kerana membenarkan peserta kursus kami melawat bangsal cendawan mereka sambil memberi tip yang berguna kepada peserta.
Juga kepada mereka yang telah mendaftar dan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami amat berharap anda dapat menghadirkan diri pada kursus di bulan Mei'2009.

Thursday, April 23, 2009

Change email address

Dear all,

Due to some avoidable circumstance, we would like to inform that our company email now change to mywishagro@ymail.com . All email from us and to us shall use this new address start from today.

Sorry for the inconveniece cause that might happen.

Friday, April 17, 2009

Lawatan ke Bangsal Cdwn Mr. Pjan




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 15hb-April yang lalu, kami telah di beri peluang untuk melawat ke bangsal cendawan Mr Pjan di Sungai lalang, Kedah. Pada mulanya beliau juga part timer cam kami tetapi atas keingginan dan kesungguhan yang tinggi, beliau skarang telah menjalankan / menceburi Industri ini secara Full time.
Beliau bertuah kerana dapat menyewa rumah di sebelah rumah nya iaitu rumah taman semi-D.
Sama seperti konsep MyWish Agrotech. Cuma perbezaan nya, bilik di dalam rumah di jadikan tempat suntik dan peram manakala bagi tuaian, sebuah bangsal di bina di tepi rumah. Berdasarkan perbualan kami, luas bangsal cendawan ialah 18 * 20 ft dan boleh memuatkan sehingga 4K++ bongkah. Bahan bahan yang digunakan memang kos efektif dan menjimatkan. Oleh kerana bongkah cendawan matang yang di tempah belum sampai, Mr Pjan dan rakan telah mengambil inisiatif membuat sendiri bongkah cendawan. Purata sehari 160 bongkah cendawan di hasilkan.
Selain itu, kami juga bertukar pendapat dan pihak MyWish juga ada memberi sedikit komen dan nasihat yang boleh membantu pihak Mr Pjan. Apa2 segala nasihat dan komen adalah berdasarkan pengalaman kami yg tak seberapa ini dan di harap dapat membantu.
Akhir skali, terima kasih kepada Mr Pjan kerana sudi menjemput kami ke bangsal cendawan beliau dan berkongsi penadapat dengan kami. Pihak Mywish amat mengalu-alukan sebarang jemputan ke bangsal / ladang cendawan kerana di situlah kami dapat belajar dengan lebih lanjut tentang cendawan.
To Mr Pjan dan rakan, all the best.

Sunday, April 12, 2009

Perkembangan Terbaru MyWish Agrotech Ent

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

So, start bulan nie hingga June'09, kami akan menjalankan kerja kerja ubahsuai dan penempatan baru kepada bongkah. untuk merealisasikan hasrat itu kami akan lebih banyak merantau ke ladang2 cendawan di sekitar utara untuk mendapatkan idea yang lebih murah dan kos efektif bagi rumah cendawan yang baru ini.
Jugak , kami memohon berbayak maaf kepada para mereka yang berminat untuk membuat lawatan ke tempat kami termasuk para student. Kami terpaksa menolak kerana kerja kerja pembinaan masih dalam peringkat permulaan.
Tetapi, still ingin berkongsi idea / pengalaman yang seberapa nie, bolehlah datang ke rumah kami @ pejabat sementara kami. Kami akan cuba bantu / berkongsi maklumat seadanya.
Namun aktivti perniagaan masih di jalankan seperti biasa dan kami masih lagi aktif menyiapkan tempahan bongkah, karipap dan cendawan frozen kami.

Segala kesulitan amat di kesali