Salam semua. Maaf lama x update blog kerana kabel kena curi. So, pada 26/10/2008, kami telah ke Agrosun, Relau untuk mengambil bongkah yg kami order berserta peralatan membuat cendawan yang lain. Kedatangan kami di sambut mesra oleh Puan Ros dan suami serta kak Ana. Kami sempat juga ulangkaji pelajaran cendawan nie dgn Puan Ros ( Cikgu kami ni ) dan kak Ana. Juga sempat kami melihat steamer baru yang boleh memuatkan 700 beg pada setiap kali kukus. Bila le kami dpt steamer camni.
Bila tengok schedule buat beg media Agrosun, perhhh sampai tahun depan pon dah ada.Tahniah kepada pihak Agrosun yang semakin berjaya dan berdaya maju. Puan Ros juga ada beritahu nanti nak pakai bagging machine lak. Bertambah cepat le process pembuatan beg media. Senang ler kami nak order nanti.Kami juga sempat bertanya mengenai cara packing dan penyimpanan cendawan segar setelah di kutip agar dapat bertahan lama.
Sekali lagi di ucapkan terima kasih kepada warga Agrosun yang sudi melayan kami .
* Update dari opis nie.