Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 27, 2009

Penghantaran Beg Media #1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada 25-Jan yang lepas , Kami telah membuat penghantaran 500 Beg media kepada seorang pengusaha muda di Sungai Petani . Jumlah itu untuk beliau memulakan projek cendawan sebelum pihak beliau mula membuat beg beg media sendiri.
Semasa penghantaran, kami sempat melihat rumah cendawan beliau yang masih dapat process renovation. Namun untuk bilik tuai, water sprinkler dan siap di pasang dan beroperasi.
Kami sempat bertukar idea dengan beliau dan memberi tunjuk ajar mana yang patut.

Harapan kami semoga beliau dapat menjayakan projek cendawan beliau dengan jayanya.

* Gambar X sempat di rakam kerana terlupa bawak kamera plus letih sgt sebab pembantu cuti. Sesorang angkat beg beg media tu.

Thursday, January 22, 2009

Student Politeknik Kulim - Part 2


Assalamualaikum..........


Pada 16 dan 17-Jan-2009 , kami telah menerima kunjungan kedua dari student POLITEKNIK Kulim. Tujuan kali ini untuk merasa sendiri pengalaman menbuat bagging dan mengukus. Juga mereka datang untuk menyiapkan kertas kajian mereka.

kami di MyWish telah dan akan berusaha membantu setakat yang mampu.


Monday, January 19, 2009

Lawatan Dari Student UITM, Penang


Assalamualaikum.......... dan salam sejahtera.

Pada 10-Jan yang lalu, kami telah menerima kunjungan dari 4 orang student UITM, Penang yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai cendawan dan cara pengurusan. Ini ialah untuk melengkapkan kertas kajian perniagaan mereka. Seperti biasa, mereka telah di layan oleh Puan Lia ( CEO MyWish ) kerana beliau lebih pakar dalam bidang promo dan business. Saya tidak dapat hadir kerana kena berkerja dan saya lebih kepada bahagian production dan quality.
Namun kami di bantu oleh seorang staff MyWish Agrotech. Semoga segala maklumat yang di berikan dapat digunakan dalam melengkapkan kajian mereka.

Kami juga mengalu ngalukan para pelajar lain yang ingin membuat kajian ke tempat kami . Namun kami mungkin tidak mempunyai prasarana yang cukup lengkap seperti rakan rakan cendawan yang lain tetapi kami menpunyai maklumat yang lengkap mengenai penanaman cendawan.

Tuesday, January 13, 2009

Tahun 2009, MyWIsh Agrotech Ent.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami.

Just nak update perkembangan kami di tahun baru ini.
Permulaan untuk tahun baru ini agak bagus walaupon kami menghadapi masalah yang amat serius dengan bangsal cendawan kami yang baru.
Sepatutnya di tahun baru ni , kami dah beroperasi di bangsal yang baru tapi atas masalah kontraktor , ia tidak dapat di siapkan. Malah kami, mungkin terpaksa mencari kontraktor baru untuk menyiapkan projek tersebut dengan dana yang baru. Salah kami juga dah bayar habis kat kontraktor dan % dapat balik duit tu mungkin 5%. Belajar dari kesilapan dan kami mencari rezeki halal.
Kami juga kehilangan 3 customer yang ambil cendawan segar gara gara kami ghairah dengan projek bangsal baru. Beg beg media pulak semakin bertambah banyak yang rosak.

Namun , kami masih di beri peluang dan rezeki bila kami mendapat 2 customer baru bagi cendawan segar yang mana permintaan mereka melebihi kutipan cendawan kami. Juga, pertambahan customer bagi pembelian peralatan cendawan ( cap, neck , plastic bagging etc ).
Itu tak termasuk lagi yang menempah beg beg cendawan separa matang.
Kami amat berterima kasih kepada para pembeli / customer / pelanggan yang berurusan dengan kami dan berharap kami dapat recover balik duit yang hangus dalam masa terdekat.

Akhir skali, terima kasih kepada para rakan pengusaha yang lain kerana memberi peransang kepada kami sama ada secara terus atau tidak terus. Kepada mr Pesol ( Ayne ) , thanks kerana percaya kat kami dan hantar barang dulu sebelum sempat kami bank in duit.

Adios.