Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 30, 2008

Lawatan dari Bakal Pengusaha Cendawan


Assalamualaikum,

Pada 25-Dec yang lalu, kami telah menerima kunjungan dari Mr Pjan dan Mr Aun yang bakal memeriahkan industri cendawan tiram kelabu. Mereka berdua masih berkerja dan untuk permulaan akan melakukan secara part time ( sama macam kami ). Rumah cendawan mereka akan terletak di Bedong, Kedah. So, para pemborong, penjual , etc di Bedong, nantikan kemunculan mereka.
Kami di MyWish Agrotech sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesudian Mr Pjan dan Mr Aun ke tempat kami yang serba kekurangan. Harap harap kita sama sama berjaya dalam bidang ini. Kalau ada nak barang keperluan cendawan, contact ler kami.

Monday, December 22, 2008

Jualan bongkah tercemar


Salam semua.
Hmmm..berkenaan dengan misillium hilang tu, belum ada jawapan yg memuaskan hati nurani ini tetapi beg yang terkena dah byk dah. Jugak rumah cendawan kami kena serangan hama ( bleh nampak bermain main kat cap ) yang menyebabkan bertambahnya bongkah yg tak produktif. Yang bestnya, saya sembur ngan korox pon still hidup lagi. Klorox campur dettol pon hidup lagi. Cuma belum try guna petrol ngan api aja..hehehehehe.
Namun semua beg tersebut telah di borong oleh rakan saya Mr Shahrul yang mengusahakan perternakan cacing. Sekurang kurangnya dapat gak duit walau x byk.
Yang kena kulat hijau baru 5 ke 6 beg dari 2K lebih.

Lupa lak, first batch kami semua nya jadi hitam. hehehe Tapi masih simpan kot kot bleh keluar cdwn gak. Namun misteri penyakit misillium hilang turun berjangkit kat beg beg hitam ni sehingga nampak balik habuk kayu. Ingatkan kalau putih aja kena, yang beg jadi hitam pon terkena penyakit nie. Sapu habis.

Jugak akhir sekali, kepada pembekal benih cdwn, sila la contact saya agar saya dapat beli untuk kegunaan sendiri dan kekawan.

Wednesday, December 10, 2008

Hama jugak ke?




Assalamualaikum....

Selamat berhari Raya kepada semua.
Setelah berhepas pulas dan nampaknya kurang berjaya, kami sekali lagi ingin meminta pendapat, bantuan teknikal @ taktikal, khidmat nasihat atau komen mengenai penyakit yg menyerang bangsal kami.
Menurut komen Cikgu kami, kalau hama , dia makan dari atas. Tapi yg kami hadapi ni, misellium mula hilang dari tengah beg dan merebak ke seluruh beg. Misillium hilang secara bulatan di tgh beg ( macam gelang ).
Memang tak perasan kerana depan dan blakang masih cun ( putih ) dan kalau atas rak lagi ler tak perasan. Bila dah abis semua baru tau sebab satu beg jadi coklat balik.
Beg semua tak buka lagi dan kebanyakan beg hampir mtg.
Kami cuba buka tutup peram bagi keluar gak cendawan tapi tetap tak keluar apa apa hasil. Benih jadi cam kering.
Beg yang telah menerima penyakit ini lebih kurang 120 beg dah dan dok bertambah setiap hari.

Kami dalam kedaan kritikal dan perlukan bantuan .
Emergency emergency emergency.