Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 26, 2008

Kesibukan Tak Kesudahan


Assalamualaikum....

X dapat nak update daily la blog nie kerana kesibukan dalam penyelidikan ( cari sumber / info mengenai cendawan di internet ) dan membuat rak untuk beg media. Al maklum lah, bulan depan kan puasa, mungkin x larat dan nak rest. Memula ingat nak suruh org aja buat, tapi nasihat sifu ( kak Ros ), kena jimat save cost . So buat ler sendiri. Nasib baik wife tulun gak . Tak ler terasa penat tu. Lagipon kena buat awal rak nie sebab kami masih kerja. Waktu terluang pon time cuti aja dan malam. Tapi kalau malam just buat measurement dan potong aja. Kalau pi paku rak tu, mau hammer terbang atas kepala kami..

Satu lagi problem ialah rumah cendawan kena delay lagi pembinaan di atas sebab tanah x rata lagi. Lari lagi schedule. Ini tunda kali ke berapa pon x ingat dah. Rasa macam nak sewa rumah aja, then buat kat dalam tu.

Note : Tgh cari para usahawan cendawan di sekitar S.Petani dan kawasan sewaktu dengannya untuk persahabatan dan perkongsian maklumat.

Friday, August 22, 2008

Innovative "Serunding cendawan " at MAHA show

SERDANG, Aug 14 (Bernama) -- In the spirit of "Malaysia Boleh" (Malaysia Can) two innovative entrepreneurs were inspired to develop and innovate new agro-based products which they introduced at the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2008 (MAHA) here Thursday.One of the more interesting products showcased at the exposition had a twist on the "serunding", a local Malay delicacy. It came in the form of mushroom serunding, a first as the delicacy had always been meat based.Sinona Shaari, founder of Ladang Genting Permai Resources (which produces mushroom based products), said was inspired to develop the mushroom serunding because fresh mushrooms only lasted for two to three days and leftover stockpile deteriorated quickly."So we researched ways turn excess stocks into profitable products. We came up with mushroom tempura, mushroom flour and recently (February 2008) mushroom serunding," she told Bernama at her booth in MAHA.Sinona also explained that currently they are still processing mushroom serunding by hand although with expansion in mind they are in the process of getting a machine that would be able to process the delicacy more efficiently in terms of bulk and speed.

Di petik dari Bernama 14Aug2008

Sunday, August 17, 2008

Apa kata survey!

Assalamualaikum..

Sibuk skit 2 3 hari nie sebab banyak kerja lain . Lagipun tgh dok design rumah cendawan nie. Dah pening dah kepala sebab byk sgt design dia dalam web. Nak buat yang canggih , takut tak cukup modal. So tgh design yang bersesuaian dengan poket money la..

Dari pi survey kayu ngan simen . Kayu tu untuk buat rak. Baru jumpa satu jenih 2x1" .
Kalau beli 6ft harganya RM5.40 . Kalau 8ft harganya RM6.00 . So lebih baik beli aja 8ft walaupon nak pakai cuma 6ft. lagi 2ft kayu tu leh gak buat benda lain. Simen lak sekampit RM17.00 . Ces..member aku kata RM15 aja 2 hari lepas. Tak apa, esok survey lagi.

Tadi pi tgk tapak projek, perhhhhh, tak clear lagi. Tapi dah 70% dah lalang kena bakar. Balance tu mungkin esok kot pak cik tu tebas dan bakar.

Okeyla, jumpa lagi nanti.

Monday, August 11, 2008

Langkah Pertama

Assalamulaikum.....

Berjumpa lagi. So skarang nak citer langkah pertama sebelum buat projek nie.
Tentulah kena pi kursus dulu.

Kalau nak ikutkan jadual, kami sepatutnya kursus pada bulan jun'2008 tapi disebabkan pada hari kursus tu , uncle @ bapak angkat saya meninggal dunia ( semoga di cucuri rahmat ). Jadi pagi tu saya call urus setia cakap tak dapat datang dan mereka bagi saya peluang kedua.

Pada tanggal 12-July-2008, saya dan wife selamat menjalani kursus tanaman cendawan tiram kelabu di Relau, Kedah bawah kelolaan Pn Rosmawati ( Agrosun ) , En Hadi Majid ( Al Hadi Agrotech ) & lain lain yang membantu mereka.
Ingatkan senang jaga cendawan nie, tapi susah la gak. Kalau nak main main , baik lupakan kerna cendawan memerlukan jagaan yang sempurna dan efisien.

So, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih pada Pn. Ros yang memberi tunjuk ajar dan jugak beri advise kepada kami untuk start projek nie.

Saturday, August 9, 2008

Permulaan perjalanan ke arah pertanian

Assalamulaikum.....

Akhirnya tercapai gak cita cita untuk buat blog nie....walaupon x banyak masa dan ilmu blogging nie... try jugak la buat.

Kembali kepada tajuk, kami kini sedang mengorak langkah untuk menjadikan " pertanian " sebagai satu sumber pendapatan kami. Ini kerana banyak faktor di antara nya minat dan " x mahu bergantung kepada org lain - makan gaji ".

Mulanya , bercadang nak buat projek " lintah " ngan kawan tapi masalah modal dan komitment.
Tambahan pulak saya lebih gemar dengan cendawan. So, bila bincang ngan isteri , dia cakap teruskan dengan cendawan. Dia pon berminat gak.. Kalau lintah geli katanya.
IbuBapa kami pon menyokong kalau buat projek tanaman cendawan. Kata mereka, banyak nampak kat TV .

Cukup dulu sampai sini, nanti saya post pulak macam mana saya mula ( kursus etc ).

Note : semalam pi tengok tapak rumah cendawan..Mungkin Ok kot